Pelajar kolej vokasional maut digilis lori - Utusan Malaysia

Pelajar kolej vokasional maut digilis lori

Pelajar maut
SEORANG lelaki maut digilis lori selepas terjatuh akibat motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan dekat Jalan Teluk Gong, Kampung Teluk Gong, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pelajar sebuah kolej vokasional maut digilis lori selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentangan dekat Jalan Telok Gong, Kampung Teluk Gong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu kedua-dua motosikal dari arah bertentangan bergerak secara lurus sebelum bertembung di tengah-tengah jalan.

“Akibat daripada pertembungan tersebut, seorang mangsa berusia 18 tahun itu tercampak ke atas jalan raya lalu digilis sebuah kenderaan berat yang masih belum dikenal pasti (identiti dan jenis lori).

“Manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis masih mengesan lori berkenaan yang dipercayai tidak mengetahui berlaku kemalangan pada laluannya.

Dalam pada itu, Hoong Fong meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut supaya menghubungi Balai Polis Trafik Klang Selatan melalui talian 03-3372222.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya dan memandu atau menunggang motosikal dengan berhemah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya