Pelajar cemerlang terima anugerah Kolej Komuniti Pahang

Pelajar cemerlang terima anugerah Kolej Komuniti Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Graduan program Si­jil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kuantan, Mohammad Hafizuddin Mohd Hashim dianugerahkan Anugerah Ketua Pengarah (AKP) pada Majlis Konvokesyen Kolej Komu­niti Negeri Pahang 2024. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail di Dewan Canselori Sultan Haji Ahmad Shah, DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHU), Pekan, Pahang, baru-baru ni.

Menurut kenyataan Komunikasi Korporat, Politeknik Port Dickson seramai 759 orang graduan daripada 10 kolej komuniti di seluruh Negeri Pahang berjaya menamatkan pengajian bagi sesi ini.

Hafizuddin yang me­rupakan anak ketiga daripada lima beradik itu tinggal bersama ibunya, Noor Azizah Mohamed seorang guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di Seko­lah Kebangsaan Seribong,

Kota Bharu, Kelantan dan menetap di Pondok Hashim, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan setelah ke­hi­langan bapa Mohd Hashim Abu Bakar pada 2014.

Hafizuddin yang juga bekas pelajar dan lepasan tahfiz daripada Maahad ArRahmah Kenali, Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan merupakan seorang pelajar yang memiliki prestasi terbaik dalam pencapaian akademik dan kokurikulum apabila meraih keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam Himpunan Purata Nilaian Mata (CGPA) iaitu 3.96 dan memiliki rekod kehadiran ke kuliah yang konsisten. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN