Pelajar bawa guni berisi barang daftar di UMS dibantu Menteri

Pelajar bawa guni berisi barang daftar di UMS dibantu Menteri

Beg guni yang digunakan oleh seorang pelajar bagi membawa barang keperluannya ketika mendaftar masuk asrama Universti Malaysia Sabah (UMS) dan mendapat perhatian daripada Menteri Pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kisah seorang mahasiswa yang membawa barang yang diisi dalam guni ke asrama sewaktu pendaftaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, kisah pelajar, Rafida Zaiddin itu meragut emosi ramai pihak termasuk dirinya.

Susulan itu, katanya, beliau menghubungi Rafida dan menguruskan semua urusan beban kewangan serta keperluan bagi meneruskan pengajian.

“Rafida adalah anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Malah sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.

“Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Ketua Wanita PKR itu berkata, kisah Rafida memberi kesedaran mengenai perjuangan pendidikan manusiawi yang menjadi kekuatan kepada negara.

“Terbang tinggi, berdiri tegak. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diurus dengan baik sehingga habis pengajian.

“Semoga Allah SWT memberkati pengajian anaknda Rafida,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya