Pekerja restoran Ikhwan nafi guna air rendaman kaki, janggut dalam makanan

Pekerja restoran Ikhwan Delight nafi guna air rendaman kaki, janggut dalam makanan

Restoran Ikhwan Delight di Sungai Penchala.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekerja Restoran Ikhwan Delights di Sungai Penchala tampil menafikan meletakkan air rendaman kaki, janggut, bulu dan sebagainya dalam makanan kepada pelanggan.

Dalam rakaman video selama 46 saat, empat pekerja terbabit menjelaskan perkara itu tidak benar seperti yang tular di seluruh negara.
Menurut mereka, restoran itu berdaftar di Kuala Lumpur bawah bimbingan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

“Kami menafikan tuduhan yang dibuat dan dilemparkan berkaitan beberapa isu yang diperkatakan di Malaysia.
“Kami berani bersumpah atas nama Allah dan Rasul, ‘Wallahi Wabillahi Watallahi’,” kata pekerja terbabit.
Mereka juga menjelaskan segala keterangan bersumpah itu benar dan sedia menerima hukuman daripada Allah.
“Jika kami berbohong Allah akan melaknat kami walaupun dengan isu ini kami akan terjejas dan terkesan.”
Sebelum ini Restoran Nur Malaysia Makkah milik syarikat GISBH yang beroperasi di Paris dan Arab Saudi turut menafikan dakwaan meletakkan air rendaman kaki, air janggut, bulu dan lain-lain dalam makanan sepertimana tular di media sosial baru-baru ini.
Pekerja Nur Malaysia Makkah berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan sekiranya didapati berbohong, mereka sedia dilaknat Allah SWT.
“Kami berharap masyarakat di luar sana boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku,” tambah mereka. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN