Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Korea

Pearly-Thinaah naib juara Terbuka Korea

PEARLY TAN (kiri) dan M. Thinaah menewaskan gandingan tuan rumah, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan 21-16, 21-14 pada pusingan kedua, Terbuka Hong Kong 2024, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2024 di Seoul, Korea Selatan, sebentar tadi.

Pasangan di kedudukan kesembilan dunia itu tumpas kepada beregu tuan rumah, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong 12-21, 11-21 dalam masa 44 minit.

Terdahulu, beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merangkul kejuaraan selepas membenam gandingan China, Guo Xin Wa-Li Qian 17-21, 21-13, 21-13 dalam perlawanan akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN