CAMERON HIGHLANDS: Peristiwa payung terjun utama tidak kembang dalam operasi khas pada waktu malam di Sarawak 28 tahun lalu masih menjadi igauan ngeri buat seorang bekas komando dari suku kaum Semai di sini. Riduan Abdullah yang ketika itu bertugas di 21 Skuadron Semboyan Grup Gerak Khas mengalami detik cemas apabila payung terjun mengalami masalah namun keajaiban berlaku apabila dia berjaya mendarat menggunakan lutut di kawasan tanah lembut dan berpasir bekas kebun tembikai. Menurut Riduan, pada ketika itu, dia cedera di bahagian pinggang dan lutut serta urat belikatnya bagaikan hendak ‘meletup’.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya