Pasukan perubatan Agong bantu mangsa kemalangan - Utusan Malaysia

Pasukan perubatan Agong bantu mangsa kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan perubatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberikan bantuan rawatan kecemasan kepada dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian itu, pasukan perubatan Yang di-Pertuan Agong sedang dalam tugas mengiringi Seri Paduka sebelum menyedari nahas tersebut.

Pasukan perubatan yang terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan bersama anggota paramedik dan juruteknik perubatan kecemasan bergegas membantu mangsa.

“Sebaik sahaja melihat kemalangan itu, doktor bersama pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda dengan segera memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua lelaki terbabit.

“Seorang daripada mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan dengan ambulans peribadi Seri Paduka Baginda,” katanya dalam hantaran di Facebook milik Sultan Ibrahim.

Ambulans peribadi milik Sultan Ibrahim dilengkapi dengan pelbagai aspek klinikal seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED) dan mesin bantuan pernafasan automatik.

Ia termasuk peralatan bantuan rawatan luka kebakaran dan peralatan asas bantuan kemalangan jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN