SERDANG: Tempat letak kereta percuma kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Parkir percuma bermula hari ini sehinggalah tamat MAHA 2024 pada 22 September nanti.
“Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir,” katanya ketika menghadiri 100 tahun MAHA hari ini.
Sebelum ini, pengunjung MAHA 2024 dikenakan caj parkir RM5 melalui pembayaran secara dalam talian di laluan masuk MAEPS Serdang. – UTUSAN