Para Sukma Sarawak: Rapid Bus hantar 25 bas mesra OKU

Para Sukma Sarawak: Rapid Bus hantar 25 bas mesra OKU

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) menghantar 25 buah bas untuk kegunaan para atlet dan pegawai sepanjang berlangsungnya temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak dijadualkan pada 20 hingga 28 September ini.

Menurut Rapid Bus, kesemua bas ‘single deck itu dihantar menggunakan kapal laut yang dijangka berlepas ke Kuching dari Jeti Awal Idaman, Pulau Indah di Pelabuhan Klang pada 6 September ini dan dijangka tiba pada 13 September.

“Bas-bas yang dihantar mempunyai ciri akses universal iaitu mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai ruang luas bagi memudahkan pergerakan. atlet-atlet Para SUKMA yang berkerusi roda.

“Bas-bas tersebut juga mempunyai ruang dalaman yang luas, yang dapat memuatkan lebih ramai penumpang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata, jalinan kerjasama antara Rapid Bus dan Kerajaan Negeri Sarawak itu menunjukkan komitmen pihaknya menghargai sumbangan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pembangunan negara termasuk bidang sukan.

“Seramai 44 kakitangan Rapid Bus terdiri daripada 30 kapten bas serta 14 kakitangan okongan akan tiba di Kuching secara berperingkat pada 13 dan 15 September. Para kapten bas akan diberi latihan terlebih dahulu mengenai laluan bas di sana,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN