Pantai Timur kurang hujan, negeri lain berisiko banjir

Pantai Timur kurang hujan, negeri lain berisiko banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ekoran permulaan fasa peralihan monsun bermula esok, kawasan barat dan pedalaman Semenanjung Malaysia dari Perlis hingga ke Johor, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak diramal menerima taburan hujan yang lebih tinggi dan berisiko berlaku banjir kilat.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka mengalami ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang.

“Situasi tersebut bakal terjadi pada waktu petang dan awal malam. Keadaan berbeza di Pantai Timur dan kawasan lain di Sabah dan Sarawak apabila bakal menerima taburan hujan lebih rendah.

“Keadaan ini adalah normal dan tiada negeri yang akan mengalami cuaca kering semasa fasa peralihan monsun,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, cuaca dijangka lebih baik di negeri-negeri Pantai Timur pada fasa peralihan monsun tersebut.

Terdahulu, Met Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan fasa peralihan monsun dijangka bermula  24 September ini dan berterusan sehingga awal November 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 17 Mei lalu. 

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara dijangka menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya