Pantai jadi pilihan keluarga luang masa cuti sekolah

Pantai jadi pilihan keluarga luang masa cuti sekolah

NORAINA Aransan bermain layang-layang bersama anaknya sempena cuti sekolah di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketika ramai meredah kesesakan jalan raya untuk bercuti di Kundasang, masih ada keluarga yang memilih berkelah di tepi pantai sempena musim cuti sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pantai Tanjung Aru mendapati, ramai keluarga berkelah sambil beriadah bersama anak-anak.

Biana Jilih, 38, berasal dari Tambunan berkata, mereka sekeluarga mengambil pe­luang sempena cuti sekolah kali ini untuk berkelah di tepi pantai.

“Biasanya kalau tiada apa-apa kerja di kampung, kami akan datang ke Kota Kinabalu seterusnya berkelah bersama keluarga di Pantai Tanjung Aru.

“Suasana di sini cukup tenang dan tidak perlu meredah kesesakan jalan raya. Kami memilih pantai berban­ding Kundasang yang sentiasa sesak dengan pelancong semasa musim cuti sekolah.

“Kebetulan adik saya tinggal di Penampang, jadi mudah bagi kami sekeluarga berkunjung ke sini bersama kedua-dua ibu bapa kami,” katanya.

Sementara itu, Noraina Aransan, 36, berkata, memandangkan ada ahli keluarga pulang dari Semenanjung sempena cuti sekolah, mereka memilih untuk bersantai di tepi pantai.

“Suasana pantai amat sesuai untuk bawa anak-anak kecil kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di kawasan lapang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN