Pangsapuri Terengganu dibina di Gaza - Utusan Malaysia

Pangsapuri Terengganu dibina di Gaza

MUHAMMAD Nadir Al-Nuri Kamaruzaman (dua, kanan) menerima replika cek sumbangan daripada kerajaan negeri Terengganu untuk membantu rakyat Gaza di Putrajaya, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah pangsapuri Terengganu akan dibina di Bandar Wakaf Malaysia dekat Gaza, Palestin untuk menempatkan rakyat di negara tersebut selepas pencerobohan rejim Zionis berakhir kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, projek itu akan dibangunkan menggunakan wang sumbangan kerajaan negeri Terengganu berjumlah RM700,000.

Beliau berkata, replika cek wang sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu pertemuan di Putrajaya, baru-baru ini.

“Baru kira-kira sebulan kami berjumpa dengan Ahmad Samsuri, namun kami telah dijemput untuk menerima cek bernilai RM700,000 untuk saudara-saudara kita di Gaza.

“Terima kasih dan tahniah rakyat Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nadir Al-Nuri berkata, keprihatinan rakyat Malaysia terhadap Palestin sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat di negara itu sehingga mereka turut meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia Ke-67, baru-baru ini.

“Ya, di tengah-tengah pembunuhan, di sebalik kepayahan, mereka tak melupakan kita dan jasa kita kepada mereka.

“Mereka sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia yang sangat mengambil berat tentang nasib umat Islam di sana dan berharap sokongan ini kekal berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN