Palsu tuntutan: Tiga doktor antara 33 individu yang direman hari ini

Palsu tuntutan: Tiga doktor antara 33 individu yang direman hari ini

SEBAHAGIAN daripada 33 individu termasuk tiga orang doktor kanan tiba di pekarangan Mahkamah Majistret George Town di Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman berhubung kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Perkeso, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Tiga doktor kanan yang bertugas di dua buah hospital di Pulau Pinang hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk mendapatkan perintah reman susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Turut dibawa ke mahkamah tersebut ialah 30 orang awam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Kesemua mereka yang diiringi oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki van milik agensi itu kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Difahamkan, perintah reman akan dikeluarkan terhadap kesemua 33 individu terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya