Pakaian anak disamakan dengan pelacur, Che Ta lapor polis - Utusan Malaysia

Pakaian anak disamakan dengan pelacur, Che Ta lapor polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Rozita Che Wan memfailkan laporan polis atas tindakan seorang individu yang membuat kenyataan dangkal terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana di media sosial, baru-baru ini.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang memfailkan laporan tersebut di Balai Polis Kota Damansara, nekad mahu mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan.

“Aku akan cari sampai lubang cacing.

“Silap besar lah hang cari pasal dengan aku!” luahnya di Instagram.

Terdahulu, seorang netizen bertindak keterlaluan apabila menyamakan cara berpakaian Aaisyah dengan pelacur.

Komen biadap itu dihantar individu berkenaan kepada Rozita menerusi Instagram.

“Anak kau pakai baju macam pelacur ada hati nak hantaran RM900,000,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya