Paip air pecah punca kerosakan permukaan Jalan Sultan Ismail

Paip air pecah punca kerosakan permukaan Jalan Sultan Ismail – DBKL

KEADAAN permukaan jalan yang rosak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. - IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video tular yang mendakwa kejadian tanah jerlus di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur berpunca paip air yang pecah dan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan raya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan pihak Air Selangor.

“Dimaklumkan bahawa, berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan telah menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pihak Air Selangor. Bagi kerja-kerja baik pulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air, ia bermula pada 8 malam ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 pagi keesokan harinya,” kata DBKL.

Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan satu lagi insiden tanah jerlus di Kuala Lumpur yang berlaku di Bukit Bintang hari ini.

Menerusi video berdurasi 10 saat yang tersebar itu, anggota bomba dilihat sedang mengawal satu kawasan jalan yang seakan-akan mengalami mendapan tanah.

Lokasi jalan terbabit ditutup dengan kon dan pita kuning manakala aliran air didapati turut berlaku di lokasi.

Sebelum ini, negara dikejutkan dengan insiden tanah jerlus di Masjid India yang membabitkan seorang wanita warga India yang terjatuh dan masih belum ditemukan sehingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN