Pahang Gold pacu ekonomi negeri 

Pahang Gold pacu ekonomi negeri 

WAN Rosdy Wan Ismail (empat dari kiri) melancarkan laman web e-dagang rasmi Pahang Gold, www.pahanggold.com di Putrajaya, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan negeri Pahang memperkenalkan Pahang Gold bagi memacu ekonomi negeri selain membuka peluang pekerjaan untuk anak tempatan serta menambah nilai produk emas tempatan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelancaran jenama tersebut  merupakan langkah ke arah era baharu yang menjanjikan potensi besar.

“Industri emas telah lama menjadi sebahagian daripada identiti dan kekayaan Pahang.

“Saya berharap Pahang Gold akan menjadi simbol kebanggaan negeri dan peneraju dalam industri emas negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan S-GLC Pahang 2024 di sini, kelmarin.

Wan Rosdy memberitahu, pelancaran jenama tersebut Pahang Gold Sdn. Bhd. merupakan  langkah permulaan kerajaan negeri untuk menceburi pasaran  emas di negara ini.

“Sebagai pemain baharu, Pahang Gold komited untuk memperkenalkan produk emas berkualiti tinggi serta mengukuhkan nama  Pahang sebagai pengeluar emas terkemuka.

“Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk merakyatkan industri emas’ melalui penubuhan Pahang Gold bagi tujuan penerokaan baharu dalam industri hiliran emas,” katanya.

Dalam majlis sama, beliau melancarkan laman web e-dagang rasmi Pahang Gold, www.pahanggold.com yang akan menjadi platform utama untuk pembelian dan pelaburan produk emas secara dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN