P.Pinang: Mangsa banjir masih ramai walaupun 2 PPS ditutup

P.Pinang: Mangsa banjir masih ramai walaupun 2 PPS ditutup

PUSAT pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, Tasek Gelugor dalam daerah SPU merupakan antara sembilan PPS yang masih dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di Seberang Perai, Pulau Pinang ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seramai 659 mangsa banjir daripada 173 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di sembilan buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang berkata, jumlah itu menunjukkan berlakunya trend peningkatan berbanding hanya 615 mangsa yang dipindahkan sehingga pukul 4 petang semalam.

Katanya, daripada 659 mangsa tersebut, seramai 484 atau sebahagian besar daripada mereka berada dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) manakala selebihnya iaitu seramai 175 orang berada di dua lagi daerah iaitu Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

“Ketika ini, kesemua empat PPS di SPU masih beroperasi seperti biasa. Di SPT, satu PPS bagaimanapun telah ditutup iaitu di Dewan Bukit Teh manakala empat lagi PPS di daerah itu masih beroperasi,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah SPS merangkap Pengerusi Bencana Daerah berkenaan, Khairulnizam Hashim berkata, satu daripada dua buah PPS di daerah itu juga telah ditutup buat masa ini.

“PPS yang ditutup itu ialah di Dewan Serbaguna Sungai Bakap iaitu kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Penutupan dibuat kerana keadaan banjir khususnya di Kampung Sethu ketika ini adalah terkawal,” ujar beliau.

Sementara itu, paras beberapa air sungai utama di ketiga-tiga daerah terutamanya di dua buah stesen iaitu di Sungai Lahar Endin di SPU dan Sungai Jawi di SPS masih berada pada paras waspada dan menghampiri paras amaran.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang kembali cerah di beberapa lokasi banjir sejak awal pagi tadi menyebabkan paras air semakin menurun dari semasa ke semasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN