P.Pinang: Mangsa banjir berkurangan, hanya 8 PPS masih dibuka

P.Pinang: Mangsa banjir berkurangan, hanya 8 PPS masih dibuka

HANYA lapan PPS masih dibuka untuk menempatkan 582 mangsa banjir di Pulau Pinang sehingga pukul 5.21 petang ini.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seramai 582 mangsa banjir daripada 160 buah keluarga dilaporkan masih ditempatkan di lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di sini sehingga pukul 5.21 petang tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menunjukkan berlakunya trend penurunan berbanding 659 mangsa yang masih berada di sembilan buah PPS sehingga pukul 10.01 pagi tadi.

“Bagi daerah Seberang Perai Utara (SPU), masih terdapat 425 mangsa daripada 111 keluarga yang masih berada di empat PPS yang dibuka di daerah tersebut.

“95 mangsa daripada 24 keluarga pula masih ditempatkan di dua PPS di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) manakala 62 mangsa daripada 25 keluarga pula masih berada di dua lagi PPS di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, keadaan cuaca di tiga daerah berkenaan yang terlibat banjir adalah baik hari ini, dengan tiada hujan lebat dilaporkan sejak petang tadi membantu air banjir surut di beberapa kawasan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN