Osman Bakar dilantik Rektor UIAM baharu

Osman Bakar dilantik Rektor UIAM baharu

ZAMBRY Abd Kadir menyerahkan watikah pelantikan kepada Dr Osman Bakar sebagai Rektor UIAM baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar dilantik sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-tujuh bagi tempoh dua tahun.

Pelantikan itu berkuat kuasa mulai Isnin ini hingga 22 September 2026.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dr. Osman adalah Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), UIAM.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah Islam dari University of Temple, Amerika Syarikat.

“Beliau adalah seorang tokoh pemikir Islam tersohor dan memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT yakin dengan pelantikan ini, Dr. Osman dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada masa sama, pihak kementerian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Prof. Emeritus Dzulkifli Abdul Razak atas jasa dan bakti beliau sepanjang menerajui UIAM sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya