TOKYO: Perkhidmatan kereta api Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya ditangguhkan sementara dengan beberapa lebuh raya ditutup susulan jumlah kematian akibat taufan Shanshan meningkat.
Sehingga kini, seramai enam mangsa dan 125 yang lain cedera, sementara seorang lagi dilaporkan hilang.
Tiga daripada lima individu yang hilang semasa tanah runtuh di Wilayah Aichi disahkan maut dengan dua lagi mengalami kecederaan.
Seorang lagi dilaporkan maut di Bandar Kamiita Pulau Shikoku.
Taufan Shanshan melanda pesisir pantai Wilayah Kagoshima di Pulau Kyusu, berhampiran Bandar Satsumasendai, kira-kira pukul 8.00 pagi waktu tempatan.
Di Bandar Raya Hiratsuka, air mencecah paras pintu kereta dan hampir 31,000 kediaman di Pulau Kyusu kini tiada bekalan elektrik. -AGENSI