Op Global: Individu ditahan termasuk kanak-kanak diselamatkan warganegara Malaysia, ada pengenalan diri

Op Global: Individu ditahan termasuk kanak-kanak diselamatkan warganegara Malaysia, ada pengenalan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semakan yang dilakukan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap kesemua kanak-kanak yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di rumah amal dikaitkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), adalah warganegara Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, selain kanak-kanak yang diselamatkan, mereka yang ditahan oleh PDRM mempunyai dokumen pengenalan diri dan merupakan warganegara Malaysia.

Kata kenyataan itu, JPN telah bekerjasama dengan PDRM dalam membuat proses semakan identiti berdasarkan dokumen pengenalan diri atau cap jari berpandukan kepada rekod data terkini.

“Semakan mengenai dokumen pengenalan diri dan status kewarganegaraan individu-individu yang ditahan dan diselamatkan dalam Op Global ini akan dilaksanakan secara berterusan oleh KDN melalui JPN sepanjang operasi ini dilaksanakan.

“KDN juga sentiasa komited memudah cara dan membantu kanak-kanak yang diselamatkan dalam operasi ini mendapatkan dokumen pengenalan diri serta status kewarganegaraan selayaknya.

“Ia selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa sekiranya mereka didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan taraf kewarganegaraan,” katanya di sini.

Menurut kenyataan itu, Op Global yang dilaksanakan oleh PDRM bertujuan membanteras kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama yang dikaitkan dengan GISBH.

Ops Global dilaksanakan secara bersepadu oleh PDRM dengan beberapa agensi dan jabatan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya