Op Global Fasa 4: 280 premis diserbu, 156 individu diselamatkan

Op Global Fasa 4: 280 premis diserbu, 156 individu diselamatkan

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bercakap pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 280 premis dikaitkan Global Ikhwan and Services Berhad Holdings (GISBH) diperiksa menerusi OP Global fasa keempat yang bermula pada 21 September lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak 59 premis diserbu dengan memperoleh tangkapan dan rampasan.

“Sebanyak 221 premis pula didapati telah dikosongkan dipercayai ahli GISBH telah melarikan diri.

“Melalui fasa ini, seramai 156 individu terdiri daripada 80 lelaki dan 76 wanita telah ditangkap manakala seramai 187 mangsa berusia 18 tahun ke bawah diselamatkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini hari ini. 

Menurut beliau, kesemua tangkapan yang dilakukan hanya melibatkan individu yang berusia 18 hingga 30 tahun (55 orang), 31 hingga 50 tahun (53 orang), 50 hingga 65 tahun (32 orang) dan 65 tahun ke atas (16 orang).

“PDRM turut menyelamatkan 187 mangsa terdiri daripada 100 lelaki dan 87 wanita yang mana bawah lima tahun (59 orang), enam hingga 12 tahun (75 orang),13 hingga 17 tahun (40 orang) dan 18 tahun ke atas (13 orang).

“Kesemua mangsa sedang menjalani saringan dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Setelah proses saringan kesihatan telah selesai, mangsa akan diserahkan kepada JKM,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya