Op Global: Dua premis niaga GISBH diserbu, 63 barang disitaOp Global: Dua premis niaga GISBH diserbu, 63 barang disita

Op Global: Dua premis niaga GISBH diserbu, 63 barang disita

PREMIS GISBH yang diserbu dalam operasi yang dijalankan sekitar Perlis, semalam. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Dua rangkaian premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) diserbu  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan polis menerusi Op Global, di sini semalam.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, dalam  operasi  tersebut menemukan sebanyak 63 barangan antaranya buku-buku berkaitan ajaran kumpulan yang difatwakan sesat di negeri itu.

Menurut beliau, operasi itu  bertujuan melaksanakan penguatkuasaan selaras dengan Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang diwartakan pada 28 Ogos lalu. 

“Bahagian Penguatkuasaan JAIPs melaksanakan operasi bersepadu bersama PDRM Perlis berkaitan GISBH dan hasil serbuan ke atas dua premis berkaitan telah menemukan sebanyak 63 barangan berkaitan ajaran tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan ajaran dan kepercayaan dalam GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya berkaitan dengan fahaman batiniah.

Semalam, polis turut merampas puluhan buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan GISBH di tepi sungai berhampiran kediaman pengikut kumpulan berkenaan di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan.

Puluhan buku itu ditemukan tertanam di kawasan tebing sungai berkenaan dan perbuatan itu dipercayai dilakukan selepas Ketua Pegawai Eksekutif GISBH ditahan polis.

Dalam pada itu, Najmuddin berkata, umat Islam di Perlis juga dinasihatkan untuk menjauhi ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

“Tindakan selanjutnya akan dilaksanakan mengikut lunas perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya