`Nyonya tua, tampal logo tidak halal  ke dahi’, Teresa pertimbang ambil tindakan

`Nyonya tua, tampal logo tidak halal  ke dahi’, Teresa pertimbang ambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh  mempertimbangkan mengambil  tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh ekoran kenyataan mahu menampal logo tidak halal pada dahinya.

Setiausaha Publisiti DAP itu berkata, beliau ketika ini sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguamnya.

“Saya akan bincang dengan peguam saya (sekali lagi) selepas sesi ini,” katanya selepas memberi keterangan di Bukit Aman, sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal menempelak tindakan Teresa yang berkata, cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban kepada peniaga.

Dr. Muhamad Akmal menegaskan perolehan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukan saja membabitkan larangan kandungan arak dan babi tetapi merangkumi bagaimana sesuatu makanan itu disediakan dan sumber penyediaannya.

Terdahulu, Teresa Kok hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berkaitan kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Teresa dilihat memakai baju kurung berwarna putih tiba  pukul 9.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Rakaman percakapan akan dibuat di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),Bukit Aman. Proses tersebut berlangsung selama satu jam setengah dan berakhir pada 11.55 pagi.

Terdahulu, menerusi satu hantaran video di TikTok, Muhammad Akmal yang melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ berkata, Teresa tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.

Beliau turut meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin itu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya