Norhaslida suka kerja kimpalan

Norhaslida suka kerja kimpalan

NORHASLIDA Yunus menyiapkan tempahan tempat barbeku di rumahnya di Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu, semalam. – UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang wanita yang meminati kerja-kerja kimpalan membuahkan hasil apabila mampu memperoleh pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan.

Norhaslida Yunus, 41, dari Kampung Belukar Bukit, di sini, berkata, dia menghasilkan pelbagai produk berasaskan besi seperti rak pasu bunga dan kasut serta tempat barbeku berbekalkan ilmu kemahiran dipelajarinya melalui YouTube.

Menurut ibu tiga anak ini, pada peringkat awal, dia melibatkan diri dalam bidang kimpalan bagi mengisi masa terluang kira-kira lima tahun lalu.

Katanya, dia pernah cedera lengan kanannya akibat terkena mata canai sehingga menerima 10 jahitan ketika mula belajar dalam kerja-kerja kimpalan.

“Produk pertama saya hasilkan ialah rak pasu bunga dan apabila dimuat naik ke laman sosial untuk kenangan, tidak sangka ada yang berminat lalu membuat tempahan rak tersebut.

“Pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya peroleh pendapatan hampir RM10,000 sebulan hasil jualan rak pasu bunga yang ditempah pelanggan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belukar Bukit di sini, semalam

Tambah wanita yang mesra disapa Makder, dia kini mempunyai sebuah bengkel untuk me­lakukan kerja-kerja kimpalan.

“Rak pasu bunga dan kasut yang dihasilkan dijual antara RM150 hingga RM650 seunit mengikut saiz serta tempat barbeku pula RM250 sebuah.

“Pada masa ini, hasil jualan produk tersebut saya memperoleh pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, dia juga menerima tempahan menjahit pakaian dan menternak ayam kampung.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya