Nora rujuk semula selepas sebulan cerai - Utusan Malaysia

Nora rujuk semula selepas sebulan cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, kembali rujuk dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan bercerai. 

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, berkata penjelasan ini perlu dilakukan bagi mengelak fitnah. 

“Dengan kuasa Allah, kami sudah rujuk. Manusia hanya merancang tapi Tuhan menentukan. 

“Perkara ini perlu diberitahu bagi mengelak fitnah khususnya mengenai tempoh edah,” kongsinya. 

Enggan memberitahu tarikh sebenar proses rujuk berlaku, penyanyi itu berharap agar peminat dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga. 

Terdahulu pada 12 Ogos, kecoh di media sosial apabila suaminya, memuat naik video menceraikan Nora dengan talak satu di Instagram. 

Nora bagaimanapun tidak menyalahkan suami juga tidak menolak seandainya ada ruang untuk rujuk semula dengan bekas suami.

Sebelum ini, Rushdi dan Nora berkahwin pada 2021 selepas suami pertama Nora, Allahyarham Johan meninggal akibat serangan jantung pada 2017.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya