Nilai transaksi separuh pertama pasaran hartanah 2024 lebih RM100 bilion

Nilai transaksi separuh pertama pasaran hartanah 2024 lebih RM100 bilion

LIM HUI YING menerima cenderamata daripada Abdul Razak Yusak selepas pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Separuh Pertama 2024 di Inspen
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama 2024 menunjukkan pertumbuhan paling tinggi bilangan dan nilai transaksi harta tanah Malaysia dalam tempoh lima tahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, data terkini diterbitkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) itu turut menunjukkan trend pertumbuhan pasaran menokok lapan peratus manakala transaksi naik 24 peratus kepada 198,906 nilai RM105.65 bilion berbanding Separuh Pertama 2023.

“Pencapaian tertinggi pada separuh pertama tahun ini juga didorong oleh sentimen kukuh pertumbuhan ekonomi negara iaitu kira-kira 5.9 peratus,” jelasnya ketika berucap pada majlis pelancaran laporan berkenaan dan Simposium Penyelidikan Harta Tanah Antarabangsa 2024 di Institut Penilaian Negara (Inspen) di sini.

Mengulas lanjut, Hui Ying berkata, pertumbuhan cemerlang itu membuktikan Malaysia berada di landasan betul mencapai transformasi berdasarkan kerangka Ekonomi Madani.

Sokongan berterusan pihak kerajaan ujarnya, melalui pelaksanaan pelbagai langkah dari Belanjawan 2024 menjadi pemangkin pasaran harta tanah domestik yang lebih kukuh termasuklah inisiatif penyediaan sehingga RM10 bilion di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan dan pengekalan kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus.

Malahan tambahnya, dasar fiskal kerajaan yang meliputi pengecualian duti setem untuk urusan dokumen pindah milik bagi pembelian rumah pertama juga merangsang pasaran.

Prestasi yang bertambah baik kata Hui Ying, secara keseluruhan didorong transaksi positif semua subsektor dan aktiviti pembinaan namun masih ada risiko cabaran sukar diramal.

Kerajaan bagaimanapun tegasnya, memperkenalkan pelbagai usaha memacu ekonomi yang sekali gus menggalakkan pengembangan pasaran harta tanah di seluruh negara.

Ini ujarnya, termasuk penambahbaikan fleksibiliti syarat permohonan program Malaysia My Second Home dan pelan pembangunan baharu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura selain Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan pewujudan zon kewangan khas di Forest City, Johor.

Beliau turut optimis permintaan harta tanah yang disokong kukuh hasil pembangunan projek prasarana awam seperti Rapid Transit Link di Johor serta Lebuh Raya Pan Borneo dengan prestasi aktiviti pasaran meningkat tahun ke tahun antaranya subsektor kediaman (6.1 peratus), komersial (22.4 peratus) dan industri (2.3 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya