NGO, kerajaan perlu pantau ketirisan bahasa Melayu

NGO, kerajaan perlu pantau ketirisan bahasa Melayu

PENGASAS Kumpulan Sasterawan Kavyan Malaysia, Uthaya Sankar Sb.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu lebih bersuara dalam memantau perkembangan dan mengangkat kedudukan bahasa Melayu. 

Ahli panel Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ketiga yang juga Pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan Malaysia, Uthaya Sankar SB berkata, setiap pihak sama ada kerajaan atau NGO perlulah mengangkat kedudukan bahasa Melayu kepada peringkat yang lebih tinggi. 

Katanya, penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial haruslah dipantau agar tidak berlaku ketirisan bahasa. 

“NGO perlulah bersuara untuk memartabatkan dan mempertahan kedudukan bahasa Melayu agar setiap individu menggunakan penggunaan bahasa dengan betul. 

“NGO juga perlu menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya apabila mahu menyampaikan idea, pandangan, kritikan atau mesej kepada orang ramai,” katanya dalam Sidang Pleno Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu Ketiga di sini, hari ini.

Uthaya Sankar berkata, NGO juga perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu bagi mencerminkan identiti sendiri. 

“Misalnya, kita sentiasa menggunakan istilah seperti WhatsApp Group, sedangkan sudah ada perkataan yang lebih betul iaitu kumpulan WhatsApp.

“Untuk mempertahan bahasa Melayu kita perlu berani bersuara, memberi pandangan secara kolektif serta menyeluruh kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa bahasa Melayu agak unik dan indah kerana menerima kesan daripada pengaruh bahasa-bahasa asing. 

“Realiti wujudnya bahasa Melayu bukannya berdiri sendiri tetapi menerima kesan daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan sebagainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya