PETALING JAYA: Kegagalan mendapat kata putus bagi sebutan kes permohonan penceraian pelakon terkenal, Nur Fazura, 41 terhadap suaminya, Fattah Amin, 34, menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.
Rata-rata warganet mendoakan agar masalah yang dihadapi pasangan itu dapat diselesaikan dengan cara baik demi kelurga dan anak tercinta.
“Ya Allah, kau damaikanlah hati mereka agar mereka dpt kembali bersatu keranaMu ya Allah. Tak pernah kisah dgn mana-mana penceraian tapi yg ini hati saya rasa kesian. Kesian dengan kedua-dua tapi paling kesian dengan Fatima,” kata satu komen.
“Moga dipermudah segala urusan dan yg baik -baik sahaja buat Fazura dan Fattah,” ujar satu komen.
“Moga Allah lembutkan hati Fazura, moga dapat diselamatkan rumah tangga Fazura Fattah. Moga bahagia berkekalan sampai bila-bila,” kata satu komen lagi.
“Kuatkanlah jodoh mereka ya Allah. Saya sebagai peminat mereka hanya mampu berdoa, janganlah cerai,” kongsi satu komen.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ke satu tarikh baharu pada 7 Oktober ini.
Sebelum ini isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Malah, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah juga dibincangkan di pelbagai platform media sosial sehingga menarik perhatian warganet.
Pada 13 September lalu, media melaporkan, Fazura memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai permohonan cerai itu, namun, ia mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini isu yang berlaku diantara Fazura dan Fattah masih menjadi tanda tanya hingga wujud pelbagai spekulasi.
Bagaimanapun, Fattah dilapor berkata, dia terkejut terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.