Netizen bosan Fattah Amin terus berdiam? - Utusan Malaysia

Netizen bosan Fattah Amin terus berdiam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai status rumah tangga pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, kedua-dua pasangan itu tetap teguh berdiam diri dan membiarkan tanda tanya terus tercetus.

Ibarat sudah bosan meneka situasi yang berlaku, ruangan komen di Instagram Fattah seperti diserang rasa amarah peminat dan netizen yang menggesanya untuk membuka mulut.

Mana tidaknya, sebelum ini isterinya, Fazura pernah menyatakan hubungan mereka baik-baik sahaja bahkan dia mahu fokus untuk berkongsi tentang isu semasa yang berlaku di Palestin.

Namun, kenyataan itu dianggap sebagai alasan yang tidak ‘solid’ memandangkan pelakon lelaki itu tidak melakukan perkara yang sama.

“Kami faham bahawa setiap orang ada hak dan privasi. Tetapi anda harus menerima bahawa anda seorang selebriti dan kami sebagai peminat anda,” komen seorang pengguna.

“Sekali lagi, apa alasan yang diberikan Faz (Fazura) adalah tidak kukuh. Berhenti berdiam diri dan berhenti buat kami membuat spekulasi. Menggunakan Palestin sebagai alasan adalah lemah,” tambah seorang lagi pengguna.

“Jika ini benar-benar mengenai Palestin, anda tidak akan melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Kenapa bila berkaitan dengan anda dan Faz, Palestin menjadi isu? Jujur sahaja, itu yang peminat anda mahu tahu,” tegas seorang pemilik akaun media soail.

Bersetuju dengan komen tersebut, rata-rata peminatnya turut berharap agar pelakon yang membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella itu menyelesaikan perihal rumah tangga mereka dengan baik.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai rumah tangga Fattah dan Fazura yang sedang bergolak dek kewujudan orang ketiga.

Malah, pasangan itu juga sudah jarang dilihat bersama di mana-mana acara atau berkongsi foto antara satu sama lain di platform media sosial masing-masing.

Bukan itu sahaja, Fazura juga dilihat semakin kerap memuat naik hantaran kata-kata yang mempunyai maksud yang tersirat mengenai kehidupan, sejak kebelakangan ini.

Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya