Negara porak peranda jika kebebasan tidak dikawal

Negara porak peranda jika kebebasan tidak dikawal

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang berlansung di Sentral Kuala Lumpur di sini, hari ini. -UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara boleh menjadi porak peranda sekiranya kebebasan hak tidak dikawal dengan undang-undang sedia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu memahami bahawa tidak ada batas, sekatan atau undang-undang yang mengekang hak mereka sebagai rakyat.

Bagaimanapun, katanya, mana-mana kerajaan tentunya mewajarkan mereka menpertimbangkan soal keamanan dalam isu tersebut.

“Kadangkala tidak semua orang faham bahawa kebebasan itu juga sekali gus dengan tanggungjawab dan kalau tidak dikawal dengan undang-undang sedia ada, maka negara akan jadi porak peranda.

“Malah ada inisiatif dan ikhtiar yang baik, umpanya di bawah sebelum ini tentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atau Rom Statue.

“Walau bunyinya indah, tetapi tidak diberi kecelikan dan kefahaman, maka akan menimbulkan reaksi yang akan merosakkan,” katanya berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Hari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ke-25 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus sebagai tokoh sesuai untuk mengetuai Suhakam.

“Keyakinan kita kepada keupayaan Datuk Hishamudin akan dapat menakhoda satu badan seperti Suhakam dan membawa Suhakam dengan pengenalan beberapa ikhtiar baharu yang boleh memperkemaskan lagi (peranan Suhakam),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN