Namewee, Harith, tak usahlah memainkan sentimen - PU Syed - Utusan Malaysia

Namewee, Harith, tak usahlah memainkan sentimen – PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, PU Syed meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee bersama pelawak, Harith Iskander yang mempromosikan lagu yang berjudul, Bukit Mak.

Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak menerusi sebuah hantaran video berkata, tindakan kedua-dua figura itu menggunakan isu agama sebagai bahan jenaka boleh mencemarkan nama negara.

Menerusi perkongsian tersebut, PU Syed turut menegur tindakan Namewee yang sengaja menggunakan perkataan kesat atau lucah yang digantikan dengan perkataan Bukit Mak dalam lagu tersebut.

“Lagu-lagu seperti ini dan karya-karya Namewee ini sebenarnya mencemarkan negara. Boleh Google sendiri, sudah terlalu banyak dia buat kontroversi terhadap agama, bangsa dan negara.

“Tetapi, saya pelik dia terlepas dan tidak dikenakan tindakan undang-undang negara sedangkan dah banyak kali dia buat perkara yang mencemarkan nama negara,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed tegas menegur tindakan Harith yang tidak sepatutnya mempermainkan isu agama serta sentimen negara sebagai bahan jenaka mahupun content.

“Buat Harith Iskander, sebagai pelakon banyak benda yang kamu boleh pertonjolkan kepada khalayak tetapi tidaklah mencemarkan agama atau mempermainkan agama sebagai untuk sebarang content, klip video dan sebagainya.

“Jadi, peringatan saya untuk Namewee dan terutamanya Harith, tak usahlah memainkan sentimen dalam hidup kita di Malaysia ini,” tegasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya