NAFAS nafi wujud monopoli pembekalan baja

NAFAS nafi wujud monopoli pembekalan baja

NAFAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menafikan berlaku sebarang monopoli atau isu kartel baja dalam pembekalan baja kepada peladang.

Pengarahnya, Datuk Zamri Yaakob berkata, pembekalan baja adalah melalui rantaian Pertubuhan Peladang Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan yang membuat pesanan pembekalan dan seterusnya baja yang dibekalkan oleh Nafas akan dihantar kepada pesawah yang berdaftar sebagai ahli Peladang.

Beliau juga bertegas bahawa NAFAS yang telah beroperasi selama 52 tahun ini tidak berfungsi demi kepentingan individu atau pihak tertentu, tetapi bertujuan untuk memastikan keuntungan disalurkan kembali kepada 280 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) demi manfaat komuniti peladang.

“NAFAS memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan para pesawah dan peladang terpelihara, di samping menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara.

“NAFAS juga sentiasa memastikan pesawah mendapat akses kepada pengetahuan terkini dalam bidang pertanian melalui program seperti Transfer of Technology (TOT) yang dilaksanakan bagi membekalkan pesawah dengan ilmu pembajaan, kesihatan tanaman, serta amalan pertanian yang lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu akhbar ini melaporkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan amalan kartel baja import supaya dihentikan.

Anwar berkata perkara itu telah lama dibincangkan di pihak kementerian dan amalan monopoli sedemikian akan dihentikan segera di bawah pentadbiran kerajaannya.

Selain itu, Zamri berkata, NAFAS menerusi Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) telah meningkatkan simpanan stok baja padi sebanyak 30,000 tan metrik dan menambah baik proses penghantaran baja mengikut jadual pembekalan yang ditetapkan.

“Hal ini turut memperkukuh tadbir urus dalam pembekalan baja, memastikan proses yang lebih telus dan efisien,” jelasnya.

Inisiatif ini adalah salah satu cara NAFAS dalam menyokong pembangunan sektor pertanian secara menyeluruh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya