NAFAS lancar produk baja cecair jenama PELADANG

NAFAS lancar produk baja cecair jenama PELADANG

MAHFUZ Omar (tengah) merasmikan produk baja Peladang 25 yang merupakan baja cecair pelepasan terkawal yang terbaharu di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui syarikat subsidiarinya, NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. (NBKSB) melancarkan produk baja Peladang 25 yang merupakan baja cecair pelepasan terkawal yang terbaharu di pasaran.

Pelancaran yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar yang diadakan sempena Pameran Pertanian. Hortikultur dan Ago Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS di sini, bertujuan untuk memperkenalkan baja cecair yang dirumus khas dengan pelepasan terkawal iaitu kandungan nitrogen dalam baja ini dilepaskan secara perlahan-lahan bagi memastikan tanaman mendapat nutrien berterusan dan berkesan di sepanjang tempoh pertumbuhannya.

Menurut kenyataan Komunikasi Korporat NAFAS, peladang 25 adalah produk terbaharu keluaran NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. iaitu yang berfokus pada penyediaan penyelesaian pertanian moden.

Katanya, baja cecair ini juga dapat membantu mengurangkan pembaziran nutrien dan mesra kepada alam sekitar.

Menurutnya lagi, kelebihan utama Peladang 25 ialah tempoh pelepasan dua hingga tiga minggu; kandungan yang diperkaya dengan boron, silikon, tembaga dan NUE (kecekapan nutrien yang digunakan) yang larut dalam air.

Manfaat produk ini dapat meningkatkan pembungaan, pembentukan biji dan buah; memudahkan penyerapan nitrogen dalam tanaman seperti kelapa sawit, padi, kenaf, nanas, getah, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Keserasiannya adalah mudah larut dan boleh digunakan bersama racun serangga atau kulat. Produk ini mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis tanaman, menjadikannya pilihan ideal bagi pengurusan pertanian yang lebih efisien dan mampan kerana ia tidak bergantung kepada bekalan air, sesuai untuk keadaan ladang kering atau lembap.

Mahfuz turut memuji produk Peladang 25 sebagai satu langkah penting dalam menyokong pertanian yang mampan dan bertanggungjawab.

Inisiatif ini adalah contoh pelaksanaan prinsip Madani dalam pertanian, yang menekankan kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif NAFAS Bajakimia Sdn Bhd., Zalifudin Md Arshad, berkata; pelancaran Peladang 25 mencerminkan komitmen kami untuk menyokong dasar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mempromosikan pertanian yang mampan dan berdaya saing.

Produk ini tidak hanya memperkenalkan teknologi moden dalam pertanian tetapi juga menunjukkan dedikasi kami terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti pertanian, “ ujarnya,

Dengan adanya, produk Peladang 25, kami berharap dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat pertanian yang lebih berkesan dan bertanggungjawab.”katanya. NAFAS turut terlibat dalam MAHA 2024 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Dalam edisi ke-100 pameran ini, NAFAS mempamerkan pelbagai produk dan solusi pertanian, termasuk Peladang 25, untuk mempromosikan pertanian yang lebih efisien dan lestari kepada pengunjung.

Keterlibatan NAFAS di MAHA 2024 menunjukkan komitmen dalam memajukan sektor pertanian negara dan menyokong objektif keterjaminan makanan yang berterusan. Menandakan edisi ke-100 MAHA 2024 dengan tema “Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom”

NAFAS turut mempersembahkan pelbagai aktiviti termasuk pameran produk, jualan, dan inovasi pertanian. Pengunjung boleh melawat reruai NAFAS di pelbagai segmen seperti Agro Seed di Dewan A, MAHA Go Global (Hall C), dan Kingdom of Agrofood (Laman Tiba 1), serta mengunjungi kaunter perkhidmatan Dana Peladang Kebangsaan di Dewan A.

Untuk maklumat lanjut mengenai penglibatan NAFAS di MAHA 2024, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi NAFAS di Facebook, Instagram, X, Threads, dan TikTok – @nafashq.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN