Nadia Brian kembali di pentas teater - Utusan Malaysia

Nadia Brian kembali di pentas teater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nadia Brian mengakui teruja untuk kembali di pentas teater Kerana Terlalu Percayakan Siti setelah sekian lama tidak beraksi di panggung.

Menurut Nadia, dia berasa gementar dalam pada masa yang sama seronok dapat bekerjasama dengan nama-nama hebat dalam bidang teater seperti Anwar Rusdini, Farah Ahmad, Sharifah Sofia dan ramai lagi.

“Bila saya dapat tawaran dari Anwar, dia selalu memberi semangat dan yakinkan saya untuk terlibat semula dalam teater ini. Jadi, seronoklah dapat bekerjasama dengan orang yang saya kagum.

“Saya pun agak gementar lebih-lebih lagi sepentas dengan orang hebat seperti Farah Ahmad, Sharifah Sofia dan yang lain,” katanya.

Ditanyakan mengenai cabaran sepanjang persiapan menjelang hari pementasan, Nadia mengakui dia perlu membahagikan masa sebaik mungkin untuk menjalani sesi latihan memandangkan jadual kerjanya agak padat.

Malah, pelakon drama bersiri Lelaki Itu juga kini turut terikat dengan sesi penggambaran filem Duyung: Lagenda Aurora.

“Saya kena hafal dialog dalam tempoh yang sangat singkat. Tapi saya dengan Anwar hafal dialog awal. Setiap kali dapat panggilan telefon dari dia, kami terus berdialog. Kami juga setiap hari datang latihan.

“Kemudian, emosi dalam teater ini tidak boleh putus. Banyak monolog dan sebagainya. Kalau dalam drama, setiap babak itu akan dipotong-potong.

“Untuk teater, kita kena kekalkan karakter yang dibawa dan tak boleh bertukar ke karakter lain. Lagipun teater ini kita lontar dialog depan orang ramai. Jadi, saya nak beri impak untuk karakter yang saya bawakan,” jelasnya.

Meskipun berdepan dengan jadual kerja yang padat, Nadia tetap seimbangkan gaya hidupnya dengan bersenam supaya dapat mengekalkan stamina.

“Alhamdulillah, sebelum ini memang saya aktif tapi saya cuba untuk tidur awal. Saya kena disiplin untuk bersenam di gim.

“Buat larian untuk hilangkan perasaan gementar nak hafal skrip. Makan vitamin. Setakat ini Alhamdulillah, kena jaga kesihatan,” katanya.

Untuk info, Teater Kerana Percayakan Siti arahan Afiza Asram itu akan berlangsung antara 4 hingga 6 Oktober ini di Blackbox Damansara Performing Arts Centre(DPAC), Petaling Jaya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya