Nabil Aqil sekat akaun hantar gambar lucah kaum sejenis - Utusan Malaysia

Nabil Aqil sekat akaun hantar gambar lucah kaum sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nabil Aqil, mengambil tindakan menyekat beberapa akaun media sosial selepas menerima beberapa gambar lucah.

Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 26, hairan kerana pesanan berkenaan datang daripada penggemar lelaki.

“Saya pun tidak pasti kenapa ramai lelaki yang minat saya. Memang saya ada terima beberapa gambar tidak senonoh daripada mereka.

“Jika sudah melampau dan keterlaluan memang saya akan sekat. Cuma setakat mesej itu saya tidaklah terganggu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Susulan itu, finalis Hero Remaja 2017 itu bersedia membuka hati sekiranya ada peminat wanita yang ingin menjalin hubungan istimewa dengannya.

“Jika ada perempuan di luar sana yang ingin berkenalan saya, itu sangat dihargai. Jika ada di antara mereka yang ingin melakukan langkah pertama untuk berkenalan, lagi saya alu-alukan.

“Selama ini tiada yang luahkan perasaan, entah kenapa saya seperti tidak bernasib baik dalam percintaan.

“Mungkin mereka takut mahu mendekati saya. Saya ingin jelaskan bahawa saya masih solo.

“Sebelum ini pun saya tidak pernah cakap saya sedang bercinta di mana-mana platform,” katanya.

Terdahulu, Nabil berkongsi tangkap layar peti mesej akaun TikTok miliknya yang dipenuhi dengan mesej daripada penggemar lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya