Mydin didenda RM20,000 jual kosmetik bukan bernotifikasi

Mydin didenda RM20,000 jual kosmetik bukan bernotifikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah pasar raya didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menjual kosmetik bukan bernotifikasi, tahun lalu.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Din menjatuhkan hukuman itu terhadap Mydin Mohamed Holdings Berhad yang diwakili oleh Raja Azlan Raja Ismail, 40, dan Roslizan Mohd. Zin, 50, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mereka mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, OKS didakwa menjual ubat gigi kank-kanak sebanyak 209 kotak dan 23 set kosmetik bukan bernotifikasi di salah sebuah premis Mydin Mohamed Holdings Bhd. di sini pada pukul 11 pagi, 18 Julai 2023.

Pertuduhan dibuat di bawah Peraturan 18A(15) Peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan kali pertama dan tidak melebihi RM100,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Siti Nur Sarahidah Jayatan manakala kedua-dua OKS tidak diwakili peguam.

“Pihak OKS sepatutnya menjual barang yang bernotifikasi kerana melibatkan alat penjagaan diri untuk kanak-kanak.

“Walaupun OKS mengaku salah, siasatan pihak pendakwaan juga perlu diambil kira kerana pada tahun 2022 pernah didenda RM8,000 atas kesalahan yang sama,” kata Siti Nur Sarahidah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN