Musim tengkujuh: Pelancong boleh guna pengangkutan udara ke Pulau Redang - Utusan Malaysia

Musim tengkujuh: Pelancong boleh guna pengangkutan udara ke Pulau Redang

Polisi hotel `masuk lewat keluar awal' boleh memberi imej buruk kepada industri pelancongan tempatan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelancong masih berpeluang mengunjungi Pulau Redang dekat sini dengan menggunakan pengangkutan udara pada musim Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pada masa ini, terdapat penerbangan komersial menawarkan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang di Subang, Selangor ke Pulau Redang.

Menurutnya, terdapat hotel dan inap desa di pulau berkenaan masih beroperasi seperti biasa pada musim MTL dari Oktober sehingga Februari tahun berikutnya

Ini kerana, katanya, kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan rasmi penutupan pulau-pulau peranginan di negeri ini ketika musim tengkujuh.

“Pengangkutan laut adalah berisiko kepada pelancong-pelancong terutamanya semasa musim laut bergelora, walau bagaimanapun, pelancong masih boleh hadir ke Pulau Redang melalui pengangkutan udara,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Razali memberitahu, terdapat
pengusaha pusat peranginan menghentikan operasi sepanjang musim MTL atas faktor keselamatan.

Tambahnya, dalam tempoh tersebut, pengusaha pusat pelancongan melakukan promosi pakej-pakej pelancongan di dalam dan luar negara untuk tahun berikutnya.

“Selain itu, pengusaha pusat peranginan juga mengambil peluang pada musim tengkujuh untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta menaik taraf penginapan mereka,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerajaan negeri tidak pernah menghalang atau mengeluarkan arahan penutupan pulau peranginan di negeri ini pada musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abd Rahman dilaporkan berkata, keputusan itu juga diserahkan sepenuhnya kepada pemain industri berkenaan sama ada mahu meneruskan operasi atau sebaliknya.

Menurutnya, penutupan operasi di hotel, resort dan inap desa yang dianggarkan berjumlah 88 buah di pulau-pulau pada musim tengkujuh merupakan inisiatif mereka sendiri dan bukan arahan kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya