Muhammad Sanusi sebenarnya bermain politik - Fahmi

Muhammad Sanusi sebenarnya bermain politik – Fahmi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tuduhan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya Kerajaan Perpaduan masih ‘bermain politik’ di negeri ditadbir pembangkang adalah tidak benar sama sekali.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat termasuk di negeri ditadbir pembangkang.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri bukan hanya meluangkan masa melawat negeri-negeri pembangkang, malah mengenal pasti masalah yang harus diatasi segera.

“Sebagai contoh, Perdana Menteri telah mempercepatkan proses pelaksanaan projek seperti ketika beliau ke Rantau Panjang dan Pasir Mas baru-baru ini untuk melihat masalah bersebelahan dengan Sungai Golok,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendakwa menteri dan timbalan menteri Kerajaan Perpaduan masih mengamalkan sentimen politik tebal dengan negeri-negeri pembangkang.

Beliau dilaporkan berkata, pihak pembangkang sudah membuka ruang seluasnya untuk bekerjasama namun, kerajaan tetap ingin bermain politik.

Mengulas lanjut, Fahmi mendakwa, Muhammad Sanusi sebenarnya yang bermain politik.

“Saya lihat yang banyak main politik Menteri Besar Kedah, main politik sampai nak tangkap hati orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya