Mudah rasa sunyi, beremosi ketika mengandung - Syasya Rizal - Utusan Malaysia

Mudah rasa sunyi, beremosi ketika mengandung – Syasya Rizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi mengalami perubahan emosi dan mudah rasa kesunyian sejak mendapati dia mengandung anak sulung.

Jelas Syasya atau nama sebenarnya, Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, perasaan itu sering dialaminya walaupun ramai yang sentiasa berdampingan dengannya termasuk suami dan keluarga.

“Awak semua tahu tak apa yang orang tidak dedahkan ketika mereka hamil, iaitu tentang rasa sunyi.

“Walaupun ada orang yang di sekeliling yang menyokong dan teman tapi pengalaman ini, diri sendiri sahaja akan lalui.

“Sangat penting untuk ada support system. Sejak mengandung emosi saya mudah terusik malah perkara kecil pun boleh buat saya menangis,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok miliknya.

Selain itu, bekas anggota Dolla itu turut berkongsi bahawa sejak hamil, personaliti dirinya juga mengalami perubahan yang ketara.

“Hari ini saya nak pergi potong kuku. Sejak hamil, melakukan rawatan kuku (tangan dan kaki) seperti satu ‘peperangan’ dengan diri sendiri.

“Jadi saya putuskan untuk dapatkan rawatan dan meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun saya tidak suka keluar bersendirian. Sebab saya rasa seperti tidak dilindungi,” kongsinya lagi.

Sebelum ini, pada 3 September lalu, Syasya mengumumkan dia sedang hamil anak pertama selepas lima bulan membina mahligai cinta.

Pada April, Syasya melansungkan perkahwinan bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie di satu majlis tertutup.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya