Muaz Zabir nafi rancang pakai sedondon dengan Bella Astillah - Utusan Malaysia

Muaz Zabir nafi rancang pakai sedondon dengan Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Itu hanya kebetulan.”

Demikian kata pelakon, Muaz Zabir yang kerap menggayakan pakaian berwarna sedondon bersama Bella Astillah di beberapa acara hiburan.

Tambah Muaz, dia tidak pernah berbincang dengan ibu kepada dua orang anak itu untuk mengenakan pakaian yang sama warna di mana-mana acara.

“Tadi pun saya sempat bertemu Bella dan masing-masing mengenakan warna pakaian yang sama untuk acara ini. Tapi percayalah kami tak pernah merancang atau saya ajak dia untuk pakai warna busana sama.

“Lagipun saya memang banyak gayakan warna putih dalam kebanyakan acara yang dihadiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, Muaz menegaskan dia dan Bella hanya berkawan dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menambat hati pelakon wanita itu meskipun tempoh edahnya sudah berakhir.

“Saya tak pernah anggap itu sebagai satu peluang yang perlu direbut, tapi apa yang boleh saya cakap kami hanya berkawan. Insya-Allah kami akan ada projek bersama dalam waktu terdekat dan kita akan berjumpa nanti.

“Jadi tak boleh lah nak bermasam muka, sebaliknya kami jalani kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik,” jelasnya.

Muaz yang dilihat kerap memberikan sokongan terhadap Bella sejak kebelakangan ini turut menyatakan dia sebaik mungkin mahu cuba menyokong rakan artis yang dikenali.

“Setiap individu ada hak untuk beri sokongan, termasuk juga saya yang memilih untuk menyokong artis-artis lain termasuk orang yang saya senangi.

“Kalau saya ada peluang, saya akan cuba lapangkan waktu bersama mereka seperti yang dilakukan dengan menghadiri teater yang dibintangi Riena Diana dan Elly Suriatie demi memberi sokongan,” katanya.

Sebelum ini, Muaz tidak menolak sekiranya jodohnya bersama Bella sebaliknya berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya.

Untuk rekod, Bella pernah berkahwin dengan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Namun, Bella disahkan bercerai dengan Aliff di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya