MTUC seru kerajaan beri perhatian kedudukan pembantu tadbir

MTUC seru kerajaan beri perhatian kedudukan pembantu tadbir

EFFENDY ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan untuk memberi perhatian berkaitan memorandum yang dikeluarkan Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) berkenaan kedudukan pembantu tadbir di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presiden MTUC, Effendy Abdul Ghani berkata, menerusi memorandum yang disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kebajikan pembantu tadbir dan pekerja sektor awam adalah keutamaan yang tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Kerja sektor awam adalah keutamaan yang tidak boleh ditangguhkan lagi. Kegagalan untuk bertindak akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada kebajikan pekerja, tetapi juga kepada produktiviti sektor awam secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, MTUC turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh AUEGCAS untuk menaikkan kelayakan minimum pembantu tadbir daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf dengan segera.

“MTUC menekankan bahawa saranan AUEGCAS untuk menaikkan kelayakan minimum pembantu tadbir daripada SPM kepada STPM atau setaraf perlu dilaksanakan dengan segera,” jelasnya.

Katanya, pengiktirafan sebegini adalah penting untuk memastikan kebajikan pekerja sektor awam amnya dan ahli-ahli AUEGCAS akan terus dijaga.

“Oleh itu, MTUC menggesa semua pihak berkepentingan untuk segera duduk bersama dan mencari penyelesaian yang konkrit demi memastikan pembantu tadbir mendapat layanan yang adil dan setimpal dengan sumbangan mereka kepada negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN