MPK perkenal Sistem iMS@MPKANGAR

MPK perkenal Sistem iMS@MPKANGAR

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail melancarkan Sistem iMS@MPKANGAR pada majlis apresiasi penaja sisipan khas dalam akhbar tempatan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-81 di Kelab Golf Batu Pahat baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memperkenalkan Sistem iMS@MPKANGAR atau sistem pengurusan perkhidmatan perbandaran bersepadu dan berinteraktif yang dibangunkan sendiri  majlis berkenaan.

Sistem tersebut merupakan satu platform sistem pangkalan data dan pemetaan geospatial bersepadu serta berinteraktif yang memusatkan maklumat berkaitan perkhidmatan perbandaran di bawah MPK. 

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, sistem tersebut juga menjadi manifestasi komitmen pihaknya dalam usaha mempertingkatkan kecekapan pengurusan perkhidmatan.

Katanya, ia juga dalam menjayakan matlamat yang digariskan dalam Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia (RKBPM), Pelan Digital Perlis 2021-2025 dan deraf pelan bandar pintar negeri Perlis 2030.

“MPK adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama yang telah mendapat sokongan dan peruntukan daripada Bahagian Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hampir RM1 juta untuk membangunkan sistem ini,” katanya. 

Affendi berkata demikian ketika mempersembah maklumkan perkara itu kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis apresiasi penaja sisipan khas dalam akhbar tempatan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Raja Perlis ke-81 di Kelab Golf Batu Pahat baru-baru ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN