MoU Peruntukan: Perkasa sehaluan dengan PN

MoU Peruntukan: Perkasa sehaluan dengan PN, perlu ada semak dan imbang kepada kerajaan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sehaluan dengan pembakang yang menolak perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang yang dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan.

Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, negara perlu mempunyai barisan pembangkang yang bebas untuk menjadi semak dan imbang kepada kerajaan ketika ini.

“Jika pembangkang diberi peruntukan dengan syarat-syarat yang menyekat mereka mengkritik dan menegur kerajaan atas keputusan atau tindakan yang tidak betul, itu merupakan suatu sogokan dan merupakan satu jenayah.

“Sepatutnya Kerajaan Madani yang pernah berjanji sebelum PRU15, perlu menyalurkan peruntukan kepada semua kawasan Parlimen termasuk kawasan pembangkang tanpa ada syarat.

“Kalau dahulu zaman Barisan Nasional yang tanpa ada banyak parti-parti kecil Melayu ketika itu, kepentingan Islam Melayu dan Bumiputera bertambah maju dan kaum lain terus boleh perkayakan diri dengan kawasan-kawasan pembangkang dibangunkan tanpa ada diskriminasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pembangkang telah membuat ketetapan menolak MoU daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan tersebut dibuat berasaskan empat sebab utama iaitu ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN