MOTAC akan jawab isu daftar masuk hotel pukul empat petang

MOTAC akan jawab isu daftar masuk hotel pukul empat petang

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi makluman lanjut berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa bermula pukul empat petang.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai keluhan rakyat di media sosial berhubung perkara itu. 

“Walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini, saya akan panjangkan isu ini kepada MOTAC,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. 

Sebelum ini, tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula pukul 4 petang dan keluar pada pukul 11 pagi.

Tindakan itu mencetuskan perbincangan warga maya yang rata-ratanya rasa tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel menjelaskan pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya