MOT tunggu laporan lengkap MAB insiden pesawat berpatah balik

MOT tunggu laporan lengkap MAB insiden pesawat berpatah balik

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) masih menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhubung masalah teknikal terbaharu membabitkan pesawatnya, MH66 yang berpatah balik dalam kejadian tengah malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.

“Saya telah berhubung dengan mereka (MAB), jadi kita tunggu laporan lengkap berkenaan dengan masalah teknikal tersebut.

“Saya (juga) telah meminta pihak MAS untuk membuat kenyataan berkenaan perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS) 2024 di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sebuah lagi pesawat MAS ke Incheon, Korea Selatan dipercayai berdepan masalah teknikal berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam tadi.

FlightRadar menunjukkan MH66 berlepas dari KLIA pada pukul 11.50 malam.

Menurut penjejak penerbangan global itu, pesawat tersebut berpatah balik dan mendarat dengan selamat di KLIA pada pukul 12.34 pagi tadi.

Minggu lalu, Kementerian Pengangkutan mendedahkan masalah komponen mekanikal merupakan antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara pesawat MAB, MAB Engineering Services (MABES) juga didapati kekurangan pekerja mahir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya