MMU sepatutnya dibina di Negeri Sembilan - PM

MMU sepatutnya dibina di Negeri Sembilan, tapi ditukar akibat kecurangan tatakelola  – PM

ANWAR Ibrahim ketika hadir pada majlis Peluncuran PIKAS 2030 di MMU Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, Universiti Multimedia sepatutnya didirikan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mengikut cadangan asal memandangkan negeri itu belum ada dibina institut pengajian tinggi.

Perdana Menteri berkata, beliau ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, cadangan pembinaan tersebut tidak dapat diteruskan untuk dibina di negeri berkenaan kerana melibatkan isu tatakelola yang menjadi prinsip tegas pengasas  MMU, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba walaupun beliau merupakan anak Negeri Sembilan.

“Bila saya usulkan (pembinaan MMU), (Mohd. Rashdan) kata dia nak (MMU dibina) di Kuala Pilah, saya akan cari tanah untuk bangunkan MMU di Negeri Sembilan.

“Banyak orang yang mempertikai, mual dengar masalah tatakelola tetapi isu tatakelola ini lah dan sikap pimpinan poilitik yang menyebabkan tidak dapat dilaksanakan ketika itu di Negeri Sembilan.

“Tan Sri Rashdan Pengasas MMU, dia punya prinsip yang tegas untuk tidak bertolak ansur dengan apa-apa bentuk penyelewengan ataupun memperalatkan projek ini untuk memperkaya satu dua orang.

“Maka saya masih ingat lagi, panggil berunding walaupun dipersetujui tapi masih ada usaha-usaha yang memerlukan sogokan, Tan Sri Rashdan beritahu kepada saya, dia tidak mahu teruskan, lebih baik dipilih tempat yang dianggap alternatif, maka itu yang berlaku perubahan (lokasi) MMU.

Contoh pengajarannya apa? Pertama dalam projek pelan PIKAS ini mesti diterapkan melalui prinsip tatakelola yang tetap, tegas dan tidak bertolak ansur,” katanya ketika melancarkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS)) 2030 di MMU, di sini hari ini.

Penubuhan MMU merupakan salah satu kejayaan projek kerjasama awam-swasta iaitu kejayaan dari penswastaan Telekom Malaysia pada tahun 1990 yang telah berkembang pesat sebagai satu entiti swasta sehingga boleh menubuhkan MMU yang berjaya menghasilkan teknokrat dalam pelbagai bidang.

Ia ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai Universiti Telekom dan kemudian ditukar nama kepada Universiti Multimedia pada tahun 1999. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya