MK K-Clique pilih Aya Rayana - Utusan Malaysia

MK K-Clique pilih Aya Rayana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar memilih Aya Rayana sempena nama puteri sulung mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, turut berkongsi maksud di sebalik nama anak perempuan mereka.

“Aya bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah. Rayana bermaksud pintu syurga,” kongsinya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Risiko itu turut berkongsi petikan doa berkaitan dengan ibadah dan keturunan.

“Bismillah. Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Aamiin Allahumma Aamiin,” katanya.

MK bagaimanapun masih belum berkongsi wajah puteri kesayangan mereka itu.

Sementara itu, rata-rata pengikutnya turut meluahkan rasa teruja di ruangan komen perkongsian tersebut.

“MasyaAllah Tabarakallah, Aya Rayana. Cantik macam nama abi uminya. Membesar dengan sihat anak. Menjadi wanita solehah dambaan orang soleh dunia hingga ke syurga,” komen pengikutnya.

Pada 3 Ogos lalu, MK telah mengumumkan bahawa isterinya sudah selamat melahirkan anak pertama mereka.-UTUSAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya