Miskin mutlak meningkat di KL, Kuala Muda, Kota Kinabalu akibat Covid-19

Miskin mutlak meningkat di KL, Kuala Muda, Kota Kinabalu akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemiskinan mutlak dalam kalangan isi rumah bandar meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.

Berdasarkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dalam laporan ‘Keadaan Isi Rumah 2024: Isi Rumah dan Pandemik 2019-2022’, kemiskinan mutlak meningkatkan pada tahun tersebut disebabkan pandemik Covid-19 sekali gus merencatkan pencapaian terdahulu yang dibuat bagi mengurangkan kemiskinan.

Kuala Lumpur menjadi kawasan dengan peningkatan isi rumah tertinggi iaitu 6,774 isi rumah, diikuti Kuala Muda (5,229) dan Kota Kinabalu (5,117).

Keadaan itu diburukkan lagi melalui skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkait Covid-19, yang secara kolektif mengakibatkan lebih 90 peratus pencarum bawah usia 30 tahun tidak mempunyai simpanan asas yang mencukupi untuk persaraan.

Ia mengakibatkan jurang pendapatan meluaskan secara mendadak, menjejaskan pencarum berpendapatan rendah secara tidak seimbang.

Individu berpendapatan rendah mengeluarkan hampir semua simpanan (sehingga 98 peratus dalam kumpulan umur 30 dan ke bawah serta kumpulan umur 30-54), berbanding kadar jauh lebih rendah dalam kumpulan berpendapatan lebih tinggi.

Pada tahun 2022, jumlah isi rumah di Malaysia telah meningkat manakala bilangan isi rumah yang mempunyai ahli isi rumah ramai semakin berkurang, menyebabkan peralihan ketara kepada pembentukan ahli isi rumah yang semakin kecil dan bersifat individu.

“Isi rumah dengan satu penerima pendapatan adalah suatu kelaziman dalam konteks Malaysia, namun menunjukkan penurunan daripada 46.3 peratus pada 2019 kepada 44.6 peratus pada 2022.

“Situasi ini menunjukkan peralihan kebergantungan isi rumah kepada lebih daripada satu penerima pendapatan, apabila ekonomi telah mulai pulih pasca pandemik,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, pertumbuhan tahunan pendapatan isi rumah didapati perlahan sepanjang tempoh 2019 hingga 2022, iaitu pada kadar 1 peratus berbanding 5.3 peratus pada dekad sebelum pandemik (2009-2019).

“Malah, pertumbuhan pada tahun 2022 tidak mencapai unjuran potensi sebelum pandemik, dengan jurang sebanyak 13 peratus, menunjukkan pemulihan yang perlahan,” katanya.

Menurut KRI, secara nasional, perbelanjaan isi rumah sebagai peratusan pendapatan terus meningkat, dengan isi rumah bandar menyaksikan pertumbuhan lebih tinggi (5.6 peratus) berbanding luar bandar (3.6 peratus) dari 2014 hingga 2022.

Laporan itu menyebut, secara amnya, isi rumah memperuntukkan bahagian terbesar perbelanjaan bulanan kepada tiga keperluan asas.

“Secara umumnya, isi rumah memperuntukkan bahagian terbesar perbelanjaan bulanan mereka kepada tiga komponen keperluan asas iaitu perumahan dan utiliti
membabitkan 23.2 peratus; makanan di rumah (16.3 peratus) dan makan di luar (15.3 peratus); serta pengangkutan (11.3 peratus).

“Pengambilan makanan di luar rumah semakin menggantikan penyediaan makanan di rumah, dengan isi rumah Malaysia membelanjakan hampir separuh atau 48 peratus daripada perbelanjaan makanan mereka untuk makan di luar rumah pasca-pandemik,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya