Media sosial bantu dedahkan aktiviti GISBH - Fahmi

Media sosial bantu dedahkan aktiviti GISBH – Fahmi

SEBAHAGIAN buku dan dokumen yang ditemukan semasa serbuan dilakukan di premis Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) di Kampung Panji, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Media sosial memainkan peranan penting dalam mendedahkan kegiatan global Ikhwan Services and Business Sdn. Bhd. (GISBH) baru-baru ini sehingga pertubuhan itu disiasat pihak berkuasa.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, selepas didedahkan di media sosial, pertubuhan itu kemudian mendapat perhatian orang ramai termasuk kerajaan dan pihak berkuasa.

“Jadi tidak boleh dinafikan media sosial memainkan peranan dalam usaha untuk membanteras kegiatan dibawa pertubuhan itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut mengesahkan perkembangan kes GISBH itu ada dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Namun, beliau tidak boleh mengulas lanjut perkembangan kes itu kerana ia masih dalam siasatan polis dan tindakan oleh pihak mahkamah.

“Saya tidak akan sentuh lanjut tapi Jemaah Menteri akan menerima maklumat terkini dari semasa ke semasa, cuma memandangkan ada beberapa perkara masih dalam siasatan dan tindakan termasuk di mahkamah,” katanya.

Ditanya kenapa tindakan baru diambil terhadap pertubuhan itu sedangkan ia telah diawasi sejak 2011, Fahmi berkata, entiti dan pertubuhan itu telah berubah beberapa kali sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam Operasi (Op) Global yang dilakukan sejak 18 September lalu, polis menahan lebih 200 individu termasuk pemegang jawatan dalam GISBH menerusi empat fasa serbuan terhadap premis berkaitan syarikat itu di seluruh negara.

Malah, dalam serbuan pertama, polis menyelamatkan 402 individu terdiri daripada remaja dan kanak-kanak di 20 buah sekolah agama dan rumah kebajikan sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN